Sunday 12 February 2012

Confused.

Assalamualaikum wbt.

Lepas hari #kenatipu aku banyak berfikir sampaikan masa main badminton pun ayah tegur. Tak semangat je kamu main? Nak semangat macam mana kalau otak asyik berfikir. Eceh, fikir yang bukan-bukan pulak tu.

Yang aku confusednya. Apa aku nak pilih ni. Kos apa. Uni apa. Apaapaapa. Yang ni serius, bukan yang bukan-bukan. Lol. Bukan mudah nak tentu kan kos. Kalau salah pilih mahu pointer drop habis. Pastu lepas pointer drop kena pulak tendang keluar Uni. Ambe tak boh. Malu ke ayoh mok. Cewah. Tak, kalau kena tendang siapa nak ambik kita pulak, ye dak? Dah kesusahan dapat masuk Uni, kita pulak kesenangan nak keluar Uni. Kan? Apa pun tak boleh laa.


Ni macam ambition budak kecik kan? Tapi dalam hati aku ada garden tau. Haha. Boleh tak kalau aku nak terus jadi engineer? Tak payah nak kena studi bersem-sem. Pastu tak payah practical. Kan senang terus bagi dekat aku yang ada sedikit ilmu IR ni sebab time studi lain. Kerja lain. So, bagi je dulu kerja engineer tu pastu baru ajar aku boleh? Habis cerita. *wink

Korang nak tahu tak, aku tak isi UPU lagi. Takut ah. Takut salah pilih kos. Aku nak jadi engineer tapi dalam waktu yang sama aku nak jadi jugak bisneswomen. Guane tu? Nak belah ke badan ni? Lol. Tamaknya aku. Astargfirullah. Subhanallah. Yang satu kos pun belum tentu boleh bawa nikan lagi nak belajar kos bisnes. Takut hancus je dua-dua nanti. Bak kata melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kalau cikgu BM aku dengar ni senyum dia tau. Sebabkan time nak dekat-dekat spm dulu, dia suruh hafal pepatah yang sedap plus menarik. Satu harini dia pick nama aku suruh aku berdiri. Satu pun tak terhafal. Kih Kih.

Dalam buah fikiran aku sekarang ada beberapa pilihan. 1- Electrical engineering. 2- Civil engineering. 3- Akauntan. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, punya aku benci buat akaun, tetiba pilih kos akaun. Ni memang buang tabiat luar biasa. Haha. Minat boleh dipupuk. Ceh.

Buat pengetahuan semua Matrikulasi dah boleh kemaskini. So baik hang pegi kemaskini sebab tinggal beberapa hari je saki baki. Aku pun tak terkemas kini lagi ni sebab aku masih confusedkan. :) Bila korang dah salah step dari awal, memang ke sudah salah. Berhati-hati semasa menganyam kehidupan. Insyallah sesama kita berusaha hingga berjaya lah. Good Luck!

Jangan Konfius macam aku sudah. 

1 comment: