Thursday, 9 February 2012

Selalu tepuk dada.

Assalamualaikum wbt.

Tepuk dada tanya selera. Dah tepuk belum? Kalau dah bagus. Apa rasa lepas tepuk dada? Apa yang terlintas dalam fikiran? Adakah rasa sakit? Adakah rasa ngilu? Atau ada perasan halus yang menjalar? *tiru ayat buku. wink. Aku segan nak luahkan. Sebab ini yang terbuku dihati muda ni. Cewah. Muda hapa kebende. Nak masuk 18tahun dah bulan akan datang. 

Aku tak percaya aku ni dah nak masuk 18 belas tahun. Ulang semula, lapan belas tahun. Bukan dua belas tahun. Lapan eh. Sikit pun tak aku percaya sebab gaya, sikap, semua yang berkenaan akulah, tak sama lansung dengan orang yang berumur 18tahun. Sikit pun taklah. Yang sama ialah baru habis lepas alam persekolahan. Haha. Kenapa aku cakap aku tak percaya sedangkan realitinya aku memang dah cecah 18tahun, nasib tak 20tahun. Lagi naya jawabnya. Aku bukan apa tapi banyak point boleh cerita sekarang.

# Pangai macam budak mentah. Mentah sebab aku selalu tak berani. Memang tak berani ahh nak buat tu buat ni. Buat keputusan? Keputusan aku selalu dipengaruhi orang lain. Paling dekat ibu ayah lah of course. Apapapa pun, mesti nak kena tanya dulu sebab tak reti. Mesti guna ayat tak reti ah. 

# Tak reti bangun pagi sendiri. Ini kes nazak ni sebab bangun pagi pun ibu ayah kejutkan. Lagi terkejut bila adik aku yang lebih awal bangun dari aku. Caya tak? Lol. Haa, mana taknya kalau malam sibuk tak tidur. 

# Tak pandai memasak. Kesian ibu ayah dapat anak macam aku. Perempuan tak reti masak susah hidup. Susah nak cari suami. Eceehh. Tapi hari tu aku cuba masak. Habis tau lauk pauk yang aku masak. *angkat kening sikit. Haha

# Kalau nak kuar, mesti tak tahu nak pakai baju apa. Yes, sumpah tak reti. Aku cube sana sini punya baju. Baju semua banyak dah kecik ahh. Ke aku yang dah semakin mengembang? Haha. Tapi at last mesti aku pakai sempoi-sempoi je. Tudung indon pun boleh aku tibai. Sebab aku memang tak pandai ahh bab fesyen. Siapa nak ajar aku? Boleh tolong? 

# Tak berani ambik risiko. Risiko susah yang amat. Sebab aku selalu fikir apa akan berlaku lepas aku ambil tindakan yang ni. Kalau aku buat yang ni camne pulak? Sampai bila pun tak sudah. Fikiran aku selalu merewang ahh. 

# Tak tahu hala tuju. Nak tuju kemana besar nanti. Nak jadi apa besar nanti? Ni sebab UPU tak diisi lagi. Hehe. Sebab aku rasa aku nak jadi engineer. Tapi dalam pada masa yang sama aku nak jadi bisneswomen yang sungguh berjaya. Cewah. 

# Tak tetap hati. Masih tak setia. Selalu tak tetap. Kalau hari ni suka perkara A, besok lusa suka pulak perkara B. Alhamdulilah aku masih sorang. #nak becinta lepas kawin. 

# Tak pandai buat perancangan. Rancang sesuatu bende mesti bagai nak rak tapikan semua mesti sering tak ikut perancangan. Budak 18tahun tak reti buat plan. Sedih.

# Duit poket tak ada langsung. Semua duit ibuayah. Entah bila aku nak berduit. Nak rasa duit sendiri. Nak beli barang guna duit sendiri sebab mesti kita rasa ummphhh. Betul lah aku cakap. Sebab topup aku pun masih ayah yang belikan. Tapi aku dah lama tak suruh ayah topupkan sebab aku selalu lupa. Nak beli sendiri? Kan aku dah kata, duit takde. Heee.

Korang pe cer pulak? Rasa diri dah boleh ke masuk alam 18tahun? Tepuk dada tanya diri. Aku tengah cuba mencari kematangan diri ni. Cewah. Insyallah.

P/s: Perempuan tak baik botak. Rambut panjang lebih bagus. 

No comments:

Post a Comment