Monday, 13 February 2012

Aku tahu itu.

Aku tahu.
Tahu yang aku ni tak secantik kawan-kawan kau.
Memang kalah kalau dibandingkan.
Bila bergandingan pula,
Bagai bumi dengan langit.
Bagai enggang dengan pipit. 
Aku pipit. Kau enggang.
Megah betul kaukan. 
Enggang mana nak kawan dengan si pipit. 
Sama macam kau.
Mana nak kawan dengan aku.

Aku tahu.
Tahu aku ni tak up-to-date. Lemau.
Gaya macam retro. Puluhan betul.
Boleh disamakan dengan makmak.
Kau pun malu. Malu ada kawan macam aku.
Cakap pun taknak. Pandang apatah lagi.
Segan betul kau nak kawan dengan aku.

Aku tahu semua itu. 
Dapat aku rasakan walaupun kau tak luahkan.
Tapi firasat aku kuat. Kuat mengatakan semua itu.
Semua itu buat aku sedih. sedih. sedih.
Adakah aku ni memang tak layak. 
Tapi aku manusia.
Manusia yang tak sempurna mana.
Yang ada kelemahan. Begitu juga kau.

Aku tahu.
Aku tahu semua ini.
Hanya dugaan. Dugaan yang diberikan.
Untuk menguji aku. Menguji juga diri kau.
Aku diuji untuk mengenal erti sabar. 
Kau diuji untuk diberi kesedaran.
Sedar bahawa manusia tidak sempurna.

-Manusia tak sempurna-
Sue



6 comments:

  1. Aku terasa hati.dengan classmate aku.Hoho.

    ReplyDelete
  2. sedeyh sue , kau dah tahu aku anak buah yg sensitif kan , apesal lagu pong slow motion camni , umo 18 pkai lagu punk rock la , baru hardcore sikit :)
    tkpe laa ela , kau buta fesyen aku pong same ,sebb kita mmbesar bersama <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shera propa. Padahal dia yang paling vogue to ze max. Heheheheheheh

      Delete
    2. Lagu ni saja suruh kau masyukk!
      betul fa,dia lew pandai bab fashion kan?

      Delete
    3. eyh gurl common laa kita da 18 laa, hardcore laa , lagu ni budak ombak rindu je layan , hahaahaahaa ,
      fa , eleh dye lagi vogehh , i pndai tiru tiru jee :)

      Delete