Sunday, 19 February 2012

Banyak perkara yang saya suka.

Assalamualaikum.

Lama Sue tak jenguk blog. Eh lama ke? Boleh dikatakan lama jugakan. Bukan apa. Cuma takde cerita yang hotsetup nak diceritakan. *poyo gila macam wa punya cerita semua hot. Bikin panas betul wa kan?

Bukan hot yang macam artis tue, cuma Sue takde cerita yang best-bestlah. (Sue ada satu cerita yang boleh dikatakan menarik tertarik memang bom, tapi nak postpone dulu. Akan di publish nanti. Lu orang tunggu yeah. Sanggup tunggu? o.O

Hari ni, tetiba datang idea nak ceritakan tentang apa Sue suka. #SUKA. Boleh tak? Mestilah sangat boleh sebab ni wa punya blog. Kur~Kur~Kur. Jom meh terjah apa Sue suka.

#Suka makan nasi ayam. Apapa Nasi ayam sedap. *nanti kawen nak sajikan Nasi ayam jugak. Hiks.

#Suka dengan Cik tidur. Dah suka makan, mesti kena tidur. Bukan. Camni, suka tidur dalam kereta. Mesti lentok punya kalau masuk kereta ayah pergi jalan jejauh sikit.

#Suka warna Putih, Oren, Hijau. *Tapi kalau ada kereta nak beli warna black or blue black or kelabu gitu. Biar nampak semard. ( Mentang-mentanglahkan dah boleh. Ecehh )

#Suka bau bayi. Sangat suka cium. Lagi-lagi bayi lepas mandi. *korang cepat ah kawen. Hehehe

#Suka main air. Lagi-lagi kalau mandi kolam. *wa sudah lama tak pergi mandi kolam. Sedih :(

#Suka makan cekelat. Fuh, kalau cekelat tu cair lagi ummphhh kan? Sedapnya.

#Suka berangan. Berangan itu ini. Perkara yang tak jadi lagi, wa dah berangan sana sini. Uhukss~ Kata perempuan, perempuankan suka berangankan?

#Suka dengar cerita orang. Sebab wa rasa cerita wa tak best. Hehehe.

#Suka tengok cerita korea. Amat layan cerita korea yang best-best je ahh. Kekadang tengok jugak dengan pelakon. Kalau omey, tengok ah. Jahat tak aku? Hahaha.

#Suka Superjunior. Leader.

#Suka tengok orang cantik. Indah sangat ciptaan Allah.

#Suka cakap benda berulang kali. Maaf, tapi memang wa suka cakap ulang-ulang. Hehh

#Suka Beto Khusyairy dalam Jujur Aku Dayus. *Eh, ni pehal sesat lak ni? Ni cekarama semalam dekat tibitiga. Wa rasa dia suami yang awsome.

#Suka bagi nama palsu dekat nama orang yang disukai. Takut kantoi dengan sesiapa. Nama for sure peliks sikit. Haha.

#Suka tidur dalam kelas.Tak caya pi tanya guru kelas, Cikgu Syikin. Cikgu sejarah.

#Suka sangat dengan addmath. Even addmath susah tapi saya suka. =='

#Suka nak cuba benda baru tapi mesti takut ibuayah marah. Ni kes tak besar lagi ke? Padahal umur dah 18tahun ni. Kihkih.

Senarnya banyak lagi perkara yang Sue suka tapi tulah. Kau orang pun nampak macam malas je nak baca kan? Sue pun malas dah nak tulis ni. Kahkah. Apapun, thanks baca.

Loving you complete my life. Marry you complete my Imaan. -KE-




No comments:

Post a Comment