Wednesday, 25 January 2012

Jatuh suka.

Salam blogger.

Pehal entah hari ni aku rasa lain macam. Lain dari biasa, lebih kurang macam luar biasa. Haha. Rasa luar biasa lepas dapat kawal kereta kancil warna merah luar metro. Ngee. *main-main.


Eh aku jatuh suka dekat Husband burung kakak tua. Kenai dok mu? Nak tahu baik kauorang layan Vanila Coklat. Best and awsome wa cakap lu cerita ni. Pasal kawen muda. Macam best ah dapat kawen muda ni kan? Apalah rasa kawen muda ni. Heee.

Aku senang nak jatuh suka ni. Lagi-lagi bila lepas habis baca novel. Dapat pulak hero novel tu citarasa aku yang tak de pakwes lagi ni. *sedih jap. Haa, after baca mulalah aku asyik nak cakap pasal hero tu je tau. Update efbee dengan twitter pun nak jugak pasai hero tu. Haha.

Tangkap lentok dengan hero novel bukan pekara pelik dah. Ramai je tangkap cintan-cintan ni dengan hero. Aku nak suami aku camni. Aku nak pakwe aku romantik camtu. Kalaulah aku dapat husband camtu. Tak smoker, bibir pulak pink-pink comel. Haha. Okay aku lebih-lebih je ni. :P

Bukan novel je orang lentok. Drama tibi pun sama. Melayu, Korea, Hindustan, apa-apa lagi yang boleh buat sebagai lelaki idaman dalam hidup. Haha. Macam aku, lepas tengok drama ni, aku suka Hero ni. Lepas aku tengok cerita korea pulak aku tangkap lentok pulak dengan Hero Korea ni. Ahhh, senang cerita aku senang suka hero. Lol.

Weh, aku harap bukan aku je camni. Korang pun tau. Malu ahh aku sorang je ada pangai camni. Tak best ah sensorang. Segan ah aku ada pangai suka hero-hero dalam dunia ni. Haha. Okay, aku harap Characteristics yang ada dalam hero-hero yang aku minat, adalah dalam diri husband aku nanti. Macam tak sabar nak kawen dah aku ni. Ni semua pasal cerita VC tu.

p/s : Tengah tangkap cintan dengan Cerita Vanila Coklat. Sedih sebab tak boleh upload gambar. hmm :( Senarnya aku tak de cerita menarik nak di hebahkan. Ni semua pasal tak ley upload gambar. Arghh.

No comments:

Post a Comment