Friday, 27 January 2012

Sedih banyak tau.

Salam semua. Pagi-pagi lagi aku dah rajin buang masa tidur. Masa tidur amat berharga tau bagi aku. Kau letak je aku kat mana kau suka contoh dekat dapur ke, aku boleh je tidur. Layan je mimpi yang datang. Lol.

Hari ni dengan semalam aku tak ada kelas memandu. Pehh lagi memang suka ahh aku bilang sama kau. Kalau dulu berkobar-kobar nak pergi belajar lesen. Heboh satu kampung ni aku bagi tau aku g ambik lesen. Hee, Okay aku tipu. Dahulu kala aku terbayang-bayang aku boleh drive pergi sana sini. Tapi, la ni aku sedih. Bukan sedih sikit je. Banyak punya.

Senang cerita aku rasa susah gila nak drive. Pehal orang lain boleh je, senang je aku tengok. Kena time aku susah nak mati. Wakaka, ke aku yang lems? Aku yang lems sangat eh nak paheem apo yang diajor cikgu memandu tu? Aku kira pelajar yang rajin lah tau sebabkannnn, aku selalu perhatikan ayah aku drive. Cenggini, cenggitu. Bukan senang aku nak buka mata time dalam kereta. Sebab asal aku masuk kereta je mata sure nak tutup jugak. Macam aku cakap tadi, masa tidur amat berharga. Haha. Ni aku siap buat experiment. Nak pulak kena fokes gegila.

Tak menjadi betul lah experiment aku. Tahu tak, yang aku berjuta-juta kali kena marah. Marah bukan marah yang membangun pulak. Aku rasa time dia marah aku, aku berganda-ganda kutuk dia. Aku bisik dalam hati, aku cakap aku menyesal. Menyesal.
M-e-n-y-e-s-a-l. *Memang patut pun aku kena marah sebab asyik kutuk dia. Kuat betul firasat cikgu tu.

Kutuk bukan sebarang kutuk. Ini kutuk hanya nak sedapkan hati. Thee. Dah kena marah takkan aku nak nangis lak time drive tu. Cuma aku pertahan kan marah cikgu tu dengan kutuk dia balik. *Pakcik, saya mintak maaf eh. Maaf sebab kutuk. Siapa suruh pakcik marah saya. :P

Cikgu memandu marah sebab aku gelabah. Tak pernah drive memang gelaboh-gelojoh kalau tetiba kena kawal kereta merah dia tu. Pakcik tu pun aku rasa dia gelabah time first2 kena drive. Tak ingat ahh tu. Haha. Pastu dia kata aku lems. Tindakan aku lems. Kalau pegerakan aku laju, dia kata aku gelabah. Dia suruh aku tenang. Time aku buat sehabis tenang yang boleh, dia kata aku lems. Macam keli** pun ada. Apa pun tak boleh.

Mana aku tak marah. Nak ajar pun cakap lah bahasa melayu, bahasa kebangsaan kita. Bahasa yang aku paham. Ni tidak, bahasa keli jugak dia speaking dengan aku. Ingat aku paham sangat lew tu. Aku ni result SPM pun tak dapek lagi. *okay tetiba masuk mood cuaks. Harap semua 94's staright A's. Amin. Jumpa dekat U tau. Haha.

Lari topik kejap. *haha. Okay, balik je rumah aku bercerita dekat ibu. Kira macam mengadu yang aku ni kena marah. Pastu pulak, boleh ibu aku sokong cikgu memandu tu. Ibu kata bagus garang, cepat sikit kamu belajar nanti. Kalau yang baik sangat nanti kamu pulak pijak kepala dia. Kamu pun akan tertanya-tanya, betul ke aku memandu ni. Nak-nak dengan cikgu perempuan. Mana kamu nak? Perempuan lagi cerewet, pastu ajar dengan emosi. 


Sebelum ibu aku dengar aku mengadu hal ni, Farah yang dengar dulu keluh kesah aku. Cewah, ayat tiru novel. Ingat aku je kena marah, rupanya mood pakcik memang tak baik hari tu. Sah bergaduh dengan wife. Alahai, asal marah je, aku kata bergaduh dengan partner. Wehee. Suka hati aku lahh. Rupanya FA pun kena marah jugak. Tapi aku tengok dia bawak okey dari aku. Tabik spring sama lu. Dia berani. Aku ni pengecut banyak. Haha.

Itu aku percaya yang perempuan emosi banyak. Emosi bergaduh dengan husband dekat rumah, marah tu lepaskan dekat kita. Lagi aku tak nak. Bersyukur sikit Sue dapat pakcik tu. Tak emosi sangat. Lelakikan pandai kawal emosi cuma ego je tak boleh turun. *sempat lagi aku kutuk lelaki. Maaf. Semalam pulak aku rajin stalk Efbee orang yang baru je lepas lulus test JPJ. Taniah kawan. Kawan sekolah rendah. Dia bilang kebanyakan yang kena test dengan perempuan banyak failed. Wakluuuuuuu. Ni buat aku takut ni. Pehal lumrah cenggini. Perempuan nii. Issh, Gaya aku cakap macam aku bukan gegurl pulak. Haha.

Kesimpulan aku sekarang, aku tak nak kena marah dah. Tapi aku pasti marah itu wajib bagi pakcik tu. Haha. Lai lai. Gila betul. Aku nak cepat lepas JPJ. Lega sikit otak kan.

P/s : Farah itu sahabat semati insyallah, tapi kami banyak sama banyak juga beza. *Beza itu buat lengkap hidup. Betul tak? *ayat novel lagi. Perasan tak entry aku kali ni panjang gila? Gambar tak boleh nak upload lagi. Lambat gila.


1 comment: