Sunday 15 April 2012

Arwah ; Birthday.

Assalamualaikum.

Al - fatihah 
Buat arwah nenek. Moga rohmu dicucuri rahmat.

Hari ini segenap setahun sudah arwah nenek aku pergi menghadap ilahi. Rindu sangat nak peluk nenek aku. Aku tahu seluruh keluarga aku semua rindu akan kehadirannya. Siapa tak rindu kan? Siapa yang masih ada, hargailah sebelum beliau-beliau pergi tak kembali.

Alhamdulilah, aku bersyukur sebab arwah nenek aku meninggal pada hari Jumaat. Insyallah permudahkanlah urusannya dalam kubur. Amin. Hari jumaat itu jugak (tahun lepas) aku dalam perjalanan balik ke rumah memandangkan aku pelajar asrama balik apabila hanya dibenarkan. Tak silap aku, hari itu aku berkobar nak balik sebab hampir sebulan tak balik. Hampir sebulan lebih aku tak berjumpa nenek dan atuk aku.

Ajalnya telah tertulis, pergi juga nenek aku menghadap ilahi. Aku redha kerana aku dah tak sanggup melihat nenek aku yang hari-hari menanggung kesakitan. Arwah nenek aku setiap selang sehari terpaksa pergi 'cuci darah'. Menghidap penyakit buah pinggang. Masih segar dalam ingatan muka arwah nenek yang tak suka pergi ke hospital. Nenek, rindu. Sesama kita doakan arwah nenek. Amin.

Mungkin ini dinama cinta sejati nenek dan atuk aku. Hari yang sama juga hari lahir My Atuk. 

Selamat Hari Lahir Atuk!
Yang ke 72. 

Semoga panjang umurnya, bertambah ibadahnya, murah rezeki dunia akhirat.
Selalu sihat. Sayang atuk. Sayang atuk.

Nak tahu tak, aku pernah tanya bila hari jadi atuk? Atuk cakap hari jadinya 1 April. Selamanya ni semua wish beday dia masa satu april. Rupanya hari ini. Hari ini birthday Atuk. Bertuah Atuk aku. Ni pun kitaorang tahu sebab pada hari kematian arwah nenek, aku pegang IC atuk. Alih-alih tengok, Ya Allah sama tarikh kematian;lahir. Allah itu maha besar. 

Pembaca, doakan untuk arwah nenek aku, termasuk dalam gologan orang beriman. Amin.
Ya Allah, perkenankan doa ku. Amin.

Terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment