Saturday, 31 March 2012

Selamat tinggal March.

Assalamualaikum semua.
Siapa perasan minggu ni gua rajin berblogging? Haa, takde pun yang nak perasan rupanya. Takpe. Takpe. Gua akan mengadu dekat ibu gua. XOXO.

You know what, gua rasa bulan March kali ni lamanya lebih dari luar biasa. Lu orang tak rasa ke? Pffft, pehal aku dari tadi gua lu, gua. Tak berjiwe perepuang langsung mu. Cakak molek sikit. (Keluar sudah dialek nganu yang berapa tranung sangat).

Bagi aku lama sebab aku count hari spm. Kedua dalam sejarah hidup pelajar lepasan spm macam aku  pergi sekolah (yang beribu batu) dokek somban dua kali dalam bulan yang sama. Dengan hanya menaiki ktm. Fuh, patutlah aku rasa macam panjang bulan ni.

Dalam bulan March ni jugak aku kena fikir course apa yang nak ambik dekat U nanti. Firstly aku macam endah tak endah je, tapi hari-hari aku tengok orang update status pasal mende ni. So, dengan aku sekali lah fening. Nasib ada ayah tolong guide. Siap bawak pergi ekspo.

Haa, minggu lepas aku pergi ekspo uitm. Memang ramai gila orang macam dalam tin sardin. Baik lelaki perempuan main langgar-langgar je. Part tu aku memang bengang sikit. Suka hati je lu langgar gua.

Terus terang aku cakapkan, aku tak dapat info pun pergi sana. Aku bet siapa yang pergi ekspo or education fair ke apa mesti tak dapat nak kutip info. Satu sebab ramai orang, orang dekat sana pulak tak cukup mulut nak layan. Kedua memang orang yang hadir pun taktahu nak tanya macam aku. Aku datang sana taktahu nak tanya apa. -.-

Aku memang dah menyimpang jauh dari tajuk entry. Aku gos tan balik.


Selamat tinggal March, dengan izin Allah kita jumpa tahun depan. Insyallah,amin.



Ya Allah, masuk bulan April bermaksud hampir genap setahun arwah nenek meninggalkan kami yang senantiasa menyayangi nya. Rindunya nak peluk nenek. Doaku, roh nenek tergolong dalam golongan orang beriman, insyallah. Amin. 

Thanks semua yang membaca. 

No comments:

Post a Comment