Wednesday, 28 March 2012

Kenduri kawen di kampung.

Assalamuaalaikum.
Waktu cuti sekolah awal bulan tiga hari tue, keluarga dan aku balik kampung. Sherra ikut tumpang sebab parents dia tak balik. Dan buat pertama kalinya adik aku, adik sherra, adik teah, balik kampung nganu naik bus dua tingkat. Punyalah seronok dieorang naik bus sampaikan belagak jadi budak bujang. Sorang tu sampai tak sesabar nak naik bus. Lagi sorang tu pulak "Akak, jeles tak?" Phew, dik aku tak jeles pun. Lainlah kalau kau naik aeroplane. Itu aku jeles. Hahaha

Buat pertama kalinya balik kampung aku drive dekat highway. Pastu dari Wakaf Tapai hingga selekoh depan rumah pastu enjin mati. Nampak tak gelabahnya aku? Chill permulaan baru. Pastu yg puak adik2 sibuk tanya. Ela kau bawak kereta ke? Pening aku nak jawab. Haish.

K ni balik kampung yang orang kata happening gila sebab tak jadi ikan kering dekat rumah. Sebab apa ikan kering? Kampung gua panas gila waktu matahari celik. Waktu malam, kalah dekat london tau. Sejuk sangat. :P Kampung lu ada? Takdekan, sebab tu kampung aku ni special sikit.

Nak pergi memanakan, aku tak naik pun kereta ayah aku. Sebab budak-budak remaja macam aku ni disuruhnya naik estima abang ji (sepupu). Kereta baru beli. Biasalah nak merasa kereta mewah. Nak tunggu aku ada kereta lambat lagi. Kena kerja dulu ye dak?

Barakallah buat Kak Aisyah dan Abe Zurul. Semuga cepat dapat anak sebab uolls sangat sangat comel. 


Lepas balik dari kenduri kiteorang (aku dan semua remaja tak matang, haha ) pergi pantai. Ambik aura pantai, main pasir, snap gambar. Mana boleh pergi memana tak tangkap gambar. Kalau boleh dalam tandas pun ladies suka snap picture kan? Nak main air laut, laut kat situ bahaya. Sangat bahaya sebab kan laut china selatan. Apelah. Memang ramai dah lemas. Mati pun ada. So take a note yeah. 


Nampak tak kemalasan aku nak upload gambar? Aku main pick random je gambar-gambar. Sebab terlalu banyak gambar yang telah disnap. So, aku pergi edit jadi camni. Kan senang. Simple. Korang pun takyah ank scroll sampai bawah. Ecehh, alasan. Tak pe. Janji ada gambar. Peace.

Lima hari duduk kampung buat aku jatuh cinta tau. Kahkah. Kampung memang nyaman. Nanti satu hari nanti, aku nak suruh ibu ayah buat rumah dekat kampung je. Aman damai. Ukhuwah sangat bagus tak macam dekat sini. Berbeza sangat. Aku pun tak rasa takut nak pergi memana. Ayah pun kasi je gua nak g memana. 



1 comment:

  1. comel la pengantin tu..tp lg comel tuan pnye blog..??hahaha :)rndu sma lu l beb..n teha also.. :)

    ReplyDelete