Sunday, 4 March 2012

Bila mimpi datang.........

Assalamualaikum.
Bila mimpi datang.....
Ya Allah. Perasaan aku dupdap dupdap ni. Sebab mimpi semalam. Walaupun ye mimpi itu mainan tidur. Mainan syaitan tapi aku kekadang terkesan jugak dengan mainan tidur ni. Aku asyik terfikir-fikir kalau betul mimpi tu berlaku acane? Ya Ilahi, jauhkan.

Aku pernah jugak rasa dejavu. Tahu tak dejavu itu apa? Sesuatu yang sedang berlaku sekarang, kita rasa macam dah pernah berlaku. Sama. Sebijik cuma masa yang kita tak tahu bila berlaku. Ahhh, aku selalu jugak lah terjadi dejavu ini. Takut bila dejavu ni. Eh pepaham sudah.

Semalam aku termimpi tentang result spm. Result spm. SPM. *eh semakin besar pulak spm ni. Hew. Bukan, aku nak tekankan kat sini aku mimpi result. Selama ni tak pernah lagi lah mimpi result spm punya. Kalau dulu waktu pmr, dua-tiga hari sebelum result baru mimpi. Sampai nangis. Waktu aku nangis aku dengar ayah cakap dekat kakak aku. "Kesian ke adik.". Lagilah aku nangis. =='

K. Sedar tak sedar tinggal beberapa hari. Nak kira ikut bulan, dah tak bulan. Nak kira ikut minggu, macam sikit minggu. kahkah. Ya Allah boleh aku gelak lagi. Astargfirullah.

Aku asyik fikir perasaan ibubapa aku. Betul tak tipu ni. Hati ibu ayah. Macam mana perasaan mereka bila dapat tahu result aku. Cemerlang Alhamdulilah syukur nikmat. Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah. Aku paling takut bila aku kecewakan mereka. Ya Allah, bantu aku.

Ibu ayah.
Maafkan ela. Maafkan ela.
Maafkan ela jika nanti ela amat mengecewakan. 

Ibu ayah.
Ela berharap jangan.
Jangan mengharapkan.
Mengharapkan terlalu tinggi.
Tinggi nya kehendak harapan ibu ayah. 
Sebab ela takut.

Takut nanti ela tak mampu.
Tak mampu galas harapan yang terlalu tinggi.

Bukan ela tidak percaya diri sendiri.
Tapi mungkin ela tidak berjaya pada tahap ni.
Ela akan berjaya di peringkat seterusnya. 
Insyallah. Amin.


Jangan fikir spm ni yang akan menentukan kehidupan kita 10 tahun akan datang. Jangan fikir musnah spm ni, Musnah cita-cita. Tak semestinya orang tu berjaya dalam exam. Berjaya dalam hidup. Betul tak? :) Insyallah, kita berdoa kita berjaya dunia akhirat. Amin. Ya Allah walaupun banyak mana aku mimpi tentang itu. Aku tetap tawakal pada-Mu. Hanya pada-Mu aku berserah.


Happy Belated Birthday NurulNajihah! Happy Birthday Shera!


2 comments:

  1. hey..thank sggah blog syer...
    anyway..selalunyer mimpi tuh terbalek...
    klau mimpi kiter buruk,,insyaallah ianya jdi baek..
    tpi mimpi nie x bley lh dipercayai 100%..kan2...
    eh3x pnjg plak syer bebel..
    i'm follow here...

    ReplyDelete